Sabtu, 22 Ogos 2015

ASSALAMUALAIKUM


 - Sahabat dalam Kenangan -

Tipu lah kan kalau kau cakap kau tak de kawan even sorang pun. Macam mana korang, macam tu lah jugak dengan aku. Farhana . Satu nama yang aku masih ingat sampai sekarang. Aku ingat lagi, time sekolah rendah dulu, orang suka buli aku. Semua tak nak kawan dengan aku. Dari aku prasekolah sampai aku darjah 1 semua yang kawan dengan aku, semua jusat nak ambil kesempatan dalam kesempitan ! Kecuali Farhana. Even kenal just untuk beberapa bulan je, dia lah sahabat aku yang paling faham aku. Yang selalu ada dekat sebelah aku bila semua orang tolak aku ke tepi. Jatuh bangun aku dia yang selalu ada dekat sebelah sedia hulur tangan. Tapi sekarang ni, aku tak tahu mana dia sekarang. 8 tahun aku tak jumpa dia.

First aku kenal dia, time tu kitorang satu kelas. Darjah satu. Waktu tu aku tak de kawan. Aku memang jenis tak suka cari kawan. Sebab kan aku ni jenis malu malu harimau sampai orang pun naik kepala waktu tu. Sebab tu aku selalu kena buli. Tapi, Farhana lah yang selalu ada dengan aku dulu time dorang pulaukan aku. Buli aku. Aku apreaciate sangat apa yang kau buat, Fahana ! Tapi... satu hari tu dia cakap dekat aku dia kena pindah sekolah. Aku sedih sangat. Sebab dia je lah kawan aku. Tapi, waktu tu tak de lah sedih sampai 'ghiau' tak ingat dunia. Waktu tu pun baru darjah 1, tak faham lagi apa sebenarnya erti sahabat.

Sejak hari tu sampai lah hari ni, aku tak jumpa dia lagi. Sekarang ni kitaorang pun dah form 3. 8 tahun hilang tanpa jejak. Muka dia pun aku dah tak cam. Maybe time keluar kalau ada terserempak dengan kau Fahana, aku tak cam kau. Tapi, aku harap kau tak pernah lupa aku. Aku harap dekat mana kau ada sekali pun, hidup mati kita, hang tetap sahabat aku. Untuk PT3 ni , harap hang boleh score . okey? Fi Aman Allah, Farhana .. Hope dapat jumpa hang satu hari nanti even aku tak cam hang, hang tak kenai aku.

#SahabatDalamKenangan , Farhana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan